ละครย้อนหลัง Iphone , Android โหลดเร็ว

วันอาทิตย์ที่ 8 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Lions langkah kanan ke Liga Super 2015

Lions langkah kanan ke Liga Super 2015


Wakil kelab dari Singapura, Lions XII menang bergaya 5-3 ke atas pendatang baharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi pembukaan Liga Super 2015 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.Lima gol bekas juara 2013 itu dijaring oleh Gabriel Quak Jun Yi pada minit ke-22, Muhammad Faris Ramli (minit ke-45), Muhammad Izzdin Shafiq Yacob (minit ke-48), Muhammad Hafiz Abu Sujad (minit ke-56) dan Sahil Suhaimi (minit ke-67).Penyerang import PDRM, Dramane Traore dari Mali melakar jaringan hatrik pada minit ke-69 (penalti), minit ke-80 dan minit ke-89.Pasukan Kelantan turut meraih tiga mata selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban menerusi jaringan Mohd Noor Hazrul Mustafa pada minit ke-13 dan Erwin Carrillo pada minit ke-61.Terdahulu, Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada sebahagian besar babak kedua perlawanan selepas pemain gantian terakhir, Brendan Gan terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.Terengganu turut melakar kemenangan 2-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hasil sentuhan penyudah Ismail Faruqi Ashari pada minit ke-37 dan pemain import dari Argentina, Gustavo Fabian Lopez pada minit ke-72.Turut memungut tiga mata penuh adalah pasukan Perak yang mengalahkan Sime Darby FC 2-0 Stadium Perak, Ipoh menerusi gol Muhammmad Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-30 dan Nam Kung Woong di minit ke-85.Pasukan pelawat sebelum itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten pasukan, Ivan Dragicevic menerima kad kuning kedua pada minit ke-57 daripada pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abd Wahab.Dalam pada itu, naib juara Liga Premier 2014, Felda United FC terpaksa berkongsi satu mata selepas terikat 3-3 menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.Tiga gol skuad 'The Fighters' dijaring oleh Bojan Miladinovic menerusi sepakan penalti pada minit ke-30, Makeche Ndumba pada minit ke-48 dan Edward Junior Wilson pada minit ke-85.Pasukan Sarawak memperolehi jaringan menerusi Billy Mehmet Osman pada minit ke-13, Hairol Mokhtar (minit ke-76) dan Shahrol Saperi pada masa kecederaan masa kedua perlawanan.- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น