ละครย้อนหลัง Iphone , Android โหลดเร็ว

วันอังคารที่ 17 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Kini polemik solat hajat kes Anwar pula

Kini polemik solat hajat kes Anwar pula


Isu sama ada solat hajat dapat mengubah nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi polemik baru sekitar pemenjaraan ketua umum PKR itu.Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) hari ini turut menyentuh isu itu dengan berkata soal makbul atau tidak bukan kuasa manusia.
“Yang penting, di sebalik solat hajat itu adalah mahu meletakkan diri kita sebagai hamba di hadapan Allah,” katanya yang mengaitkan amalan itu dengan konsep merendah diri di hadapan Allah.Exco pendidikan Selangor itu berkata “memaksa doa agar dimustajabkan dengan segera” tidak disukai Allah, seperti dinyatakan dalam sebuah hadis.“Jadi, ia tidak sewajarnya dipandang hina."Ia bukan kerana tidak dimustajabkan, tetapi ia dilarang dalam hadis bergopoh untuk doa itu dimustajabkan,” katanya.Seperti tolak takdir, kata MP
Ahli Parlimen Pulai sehari selepas Anwar didapati bersalah, menyifatkan rancangan PKR untuk mengadakan solat hajat setelah penghakiman dijatuhkan ke atas Anwar sebagai “menolak takdir”.Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, solat hajat itu tidak akan mengubah nasib ketua pembangkang itu, lapor Astro Awani.PKR sebelum ini mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bagi menunjukkan setiakawan kepada Anwar.Parti itu juga menganjurkan solat hajat pada Khamis malam di setiap cabang PKR di seluruh negara.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น