ละครย้อนหลัง Iphone , Android โหลดเร็ว

วันอังคารที่ 17 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

'Kenapa larang sertai PasMa, bukan Umno?

'Kenapa larang sertai PasMa, bukan Umno?


PAS Selangor melangkaui bidang kuasanya apabila meminta anggota parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak terlibat dalam program Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata NGO itu.Presiden PasMA Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata PAS sepatutnya melarang anggotanya terlibat dengan Umno dan bukannya NGO itu.
"Kenapa PAS tak keluarkan larangan supaya jangan sertai program Umno?“Tak ada larangan pun tak boleh sertai program Umno, sedangkan Umno musuh utama.“Tapi ada larangan buat PasMa. Ini perkara yang pelik," katanya pada sidang media di Shah Alam pagi ini.PAS Selangor semalam dilaporkan menggesa anggota PKR dan DAP di negeri itu mengelak terlibat dalam aktiviti PasMa.PAS sebelum ini mengeluarkan arahan supaya anggotanya tidak menyertai PasMA, NGO lantang yang digerakkan oleh anggota PAS.Dalam kenyataan semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Ab Samad berkata, sebarang hubungan bersama PasMa akan mengeruhkan hubungan Pakatan Rakyat di Selangor.Sementara itu, bercakap mengenai enakmen hukuman hudud yang bakal dibentangkan di Kelantan, Phahrolrazi berkata sehingga kini perkara itu tidak mencapai kata sepakat di dalam Pakatan.  "Hudud ini perkara yang lama dibawa oleh PAS. Cuma dalam sistem demokrasi, mana-mana yang nak laksana mesti dilulus oleh Parlimen.  "PAS masih kekal dalam Pakatan dan mereka perlu dapatkan konsensus dalam pimpinan Pakatan dulu. Itu yang perlu dilepasi PAS, iaitu yakinkan pimpinan PKR dan DAP," katanya.  Azmin: Sikap Pakatan mendengarSementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas isu PasMa berkata pihaknya sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap pandangan semua pihak yang menerima dasar perjuangan Pakatan.“Kita juga tidak mahu mencampuri urusan dalaman oleh PAS."Tetapi sikap Pakatan selama ini adalah mendengar, menjalinkan hubungan, dan istilah saya gunakan temu-tembung semua pihak,” katanya kepada pemberita di mahkamah Kuala Lumpur.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น