ละครย้อนหลัง Iphone , Android โหลดเร็ว

วันศุกร์ที่ 20 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

4 pekerja cedera jatuh dalam bangunan

4 pekerja cedera jatuh dalam bangunan


Empat pekerja cedera setelah terjatuh dalam sebuah bangunan yang sedang dibina bersebelahan Hospital Pakar KPJ Seremban petang tadi.Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Zin Salleh berkata pekerja itu dibawa ke hospital dengan bantuan pekerja lain.Beliau berkta mereka dikatakan terjatuh semasa meniti sekeping papan di tingkat empat daripada bangunan lapan tingkat itu dalam kejadian jam 5.15 petang tersebut.Dua daripadanya kritikal dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar manakala dua lagi dibawa ke hospital pakar itu.Sementara itu, seorang pekerja kilang warga Myanmar mati dipercayai akibat ditikam rakan senegara di Kota Kemuning di Shah Alam awal pagi semalam.Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata mayat lelaki berumur 30-an itu dijumpai pada kira-kira jam 1 pagi dengan dua kesan tikaman di dada di sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan asrama pekerja.Berdasarkan siasatan awal, dipercayai mangsa dan beberapa rakan minum bersama sejak petang semalam sempena cuti Tahun Baharu Cina."Susulan kejadian itu, polis menahan empat rakan mangsa untuk disoal siasat termasuk suspek utama."Kesemua mereka merupakan rakan sekerja mangsa dan berusia dalam lingkungan 30-an," katanya.- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น