ละครย้อนหลัง Iphone , Android โหลดเร็ว

วันพุธที่ 4 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Dr M: Banjir sebab pokok dipotong

Dr M: Banjir sebab pokok dipotong


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan dikurangkan bagi mengelak kejadian bencana alam daripada terus berlaku.

Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai sumber kekayaan lain yang boleh menjana pendapatan negara dan tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar.

"Jadi, kalau kurang potong kayu walaupun secara halal, kita akan dapat banyak manfaat.

"Kita lihat bagaimana banjir berlaku di Kelantan, Terengganu dan pantai timur... satu daripada sebabnya sudah tentu kerana pokok-pokok telah dipotong, dengan itu hujan terus turun ke tanah dan ia tidak diserap oleh tanah hingga menyebabkan banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Projek Digital Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan meletakkan plak FRIM sebagai Warisan Kebangsaan, di Kuala Lumpur hari ini.

FRIM digazetkan sebagai Tapak Warisan Semula jadi pada 2009 dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 2012.

Dr Mahathir berkata masyarakat harus mengambil iktibar daripada kejadian bencana alam yang berlaku di negara ini dan bertindak mencari jalan dalam mengekalkan flora dan fauna.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa gembira kerana selepas 30 tahun penubuhan FRIM, ia menjadi satu lokasi yang bukan hanya menempatkan pelbagai spesies tumbuhan, malah menjadi kawasan riadah warga kota.

"Kita datang kita berasa lega, hutan masih ada, tumbuh-tumbuhan membesar dengan cepat," katanya.

Lawatan kali ini merupakan yang kedua buat Dr Mahathir selepas beliau mengunjungi institut itu pada 11 Jun 1984.

- Bernama

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น