AG bantah semakan kehakiman Zaidi
Pejabat Peguam Negara membuat bantahan awal terhadap permohonan semakan kehakiman bekas tentera udara Mejar Zaidi Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.Bantahan itu dibuat atas alasan permohonan itu bersifat akademik kerana mahkamah tentera telah menggugurkan Zaidi daripada jawatannya.Peguam kanan persekutuan Shamsulbol Hassan bertindak bagi pihak responden manakala Mohd Hanipa Maidin dan Azhana Kamaruddin pula mewakili Zaidi.Wakil Majlis Peguam Gregory Das hadir sebagai pemerhati.“Keputusan itu telah berlaku ekoran keputusan mahkamah tentera telah menggugurkannya daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan,” katanya.[Baca berita asal]
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น