SU berang MIC mahu mogok lapar depan ROS
Setiausaha agung MIC yang baru dilantik G Kumar Aaman akan mengadakan mogok lapar di depan ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya pada jam 2 petang esok untuk “menyelamatkan” partinya.
MIC bergelut dengan masalah pendaftarannya apabila ROS tidak mengiktiraf lantikan batu yang dibuat oleh presidennya G Palanivel.
MIC juga diarah mengadakan semula pemilihan.
Media berbahasa Tamil semalam melaporkan bahawa ROS menolak permintaan Kumar untuk bertemu dengan pendaftar.
Surat daripada badan itu menyebut, badan itu tidak dapat mengiktiraf lantikan baru sehingga percanggahan berhubung kedudukan anggota jawatankuasa pusat MIC diselesaikan.
Dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata mogok lapar itu akan diadakan sehingga ROS menukar pasukan siasatan, ketua pengarah dan semua pegawai berkaitan dipindah keluar.
Bagaimanapun, kedudukan Kumar sebagai setiausaha agung turut dicabar oleh banyak anggota parti.
[Baca berita asal]
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น